Monday, 5 December 2011

Lempar Cakera

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Peralatan

Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

Peraturan dan Teknik

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.
Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.
Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara  dalam acara ini ialah Danapal Naidu.

 Keselamatan

Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.
Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.

Tuesday, 27 September 2011


Jom kita isi data di sini. Pastikan semua ujian telah selesai. Jangan lupa masukkan angka giliran UPSR. Ujian ini merupakan hak anak didik kita. Mungkin kita rasa buang masa melakukan ujian untuk murid yang lemah dari segi fizikal tetapi kita tidak boleh menafikan HAK mereka . 

SELAMAT MELAKSANAKAN UJIAN. 

SENARAI KOD PERMAINAN


Ini merupakan kod permainan yang harus digunakan. Letakkan angka sahaja dalam data. Data ini hanya mengenali kod yang didaftarkan sahaja.

TID

                       
ISI KANDUNGAN 

TALENT IDENTIFICATION TEST ( TID )
2. AGENDA
4. DATA YANG HARUS DI "ISI"


AGENDA AKTIVITI TID

TARIKH
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
15.9.2011
TAKLIMAT KEPADA PTPS TID DAERAH OLEH JPN PERAK
PTPS DAERAH

27.9.2011
TAKLIMAT PELAKSANAAN TID PERINGKAT SEKOLH KEPADA GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI/ GURU TAHUN 6 OLEH PPD KINTA UTARA / PTPS TID DAERAH
PPD KINTA UTARA,
PTPS DAERAH
GURU PENDIDIKAN JASMANI / GURU TAHUN 6

27.9.2011 – 12.10.2011
PELAKSANAAN UJIAN DI PERINGKAT SEKOLAH
GURU PENDIDIKAN JASMANI / GURU TAHUN 6

12.10.2011
HANTAR DATA TID SEKOLAH KE PPD KINTA UTARA / PTPS DAERAH
GURU PENDIDIKAN JASMANI / GURU TAHUN 6

13.10.2011– 19.10.2011
ANALISIS UJIAN
PTPS DAERAH

20.10.2011-
25.10.2011
DATA DAERAH DIHANTAR KE JPN PERAK
PTPS DAERAH

BORANG UJIAN

Inilah borang yang akan digunakan. Borang ini harus dilengkapkan.Jangan lupa letakkan angka giliran UPSR.Menurut kata PT daerah,hanya ID murid saha tidak perlu diisi.*AMBIL KEPUTUSAN MURID TERBAIK MURID UNTUK DIMASUKKAN DALAM DATA*

Wah, guru-guru tahun 6 sekitar Kinta Utara akan melaksanakan Ujian TID. Jom Sama-sama kita laksanakan Ujian Ini.