Monday 5 December 2011

ACARA OLAHRAGA

ACARA-ACARA OLAHRAGA
Acara-acara olahraga biasanya dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang.
1.   Acara Balapan
Acara ini meliputi semua acara larian yang berlangsung di balapan (trek):-
a)         Acara lari pecut (jarak dekat) – 100 meter, 200 meter, 400 meter.
b)         Acara lari jarak jauh – 800 meter, 1500 meter, 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter, 10000 meter.
c)         Acara lari berganti-ganti – 4 x 100 meter, 4 x 200 meter, 4 x 400 meter.
d)         Acara lari berpagar – 100 meter (wanita), 110 meter (lelaki), 400 meter (wanita / lelaki).

        2.  Acara Padang
Acara ini meliputi semua acara-acara balingan dan lompatan:-
a)         Acara balingan -  melontar peluru, merejam lembing, membaling cakera, membaling tukul.
b)         Acara lompatan – lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang, lompat bergalah.

Selain acara padang dan acara balapan, terdapat beberapa acara khusus yang biasa dipertandingkan dalam kejohanan olahraga peringkat negeri dan kebangsaan. Antaranya adalah:-
a)         Acara lumba jalan kaki sejauh 5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya.
b)         Acara heptatlon – (untuk wanita) mengandungi 7 acara iaitu 100 meter lari berpagar, lompat tinggi, lontar peluru, lari 200 meter, lompat jauh, rejam lembing dan lari 800 meter.
c)         Acara dekatlon – (untuk lelaki) mengandungi 10 acara iaitu lari 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, lari 400 meter, 110 meter lari berpagar, lempar cakera, lompat galah, rejam lembing dan lari 1500 meter.
d)         Acara marathon – berlari sejauh 42.195 meter.

a m? � d �� �o� dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 SM. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
            Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.
Gambarajah 1: Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913 dan diguna
   buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp.
                                                      






No comments:

Post a Comment