Monday 5 December 2011

Lari Berpagar

LARI BERPAGAR
Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukannya satu acara lompatan. Alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel boleh digunakan untuk mempelajari kemahiran asas lari berpagar.

Kemahiran Lari Berpagar
Bagi acara lari berpagar, seseorang pelari perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan  berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap pelari. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap pelari mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan pelari pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik supaya badan dapat dilenturkan secara automatik semasa membuat lompatan.




Teknik Lari Berpagar Yang Betul
a)         Menuju pagar pertama
            i)          Bilangan langkah larian hendaklah tetap.
            ii)         Berlari dengan pantas (lari pecut).
iii)        Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.

b)         Melepasi pagar
i)          Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan.
ii)         Bengkokkan badan ke hadapan.
iii)        Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
iv)        Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan smelangkah melepasi pagar.
v)         Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

c)         Berlari di antara pagar
            i)          Bilangan langkah hendaklah sama.
            ii)         Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

d)         Mengakhiri larian
Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.
Kesalahan Teknik Yang Biasa Dilakukan Dalam Acara Lari Berpagar
a)         Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.
b)         Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama.
c)         Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar.
d)         Melepasi pagar dengan badan yang tegak.
e)         Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.

Peraturan Asas Bagi Perlumbaan Lari Berpagar
a)         Pelari hendaklah mengikut lorong masing-masing.
b)         Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan.
c)         Pelari dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.
S F � l = �� �o� -language:MS'>c)         Gaya panjang

Bagi gaya peluru, kedua-dua belah kaki mesti dirapatkan, iaitu hujung belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan. Semenatara bagi gaya sederhana pula, lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan. Kedua-dua gaya ini biasanya dilakukan oleh para pelajar sekolah manakala gaya panjang pula biasanya dilakukan oleh peserta-peserta yang tinggi. Dalam gaya panjang ini, lutut kaki belakang adalah selari dengan bahagian tumit kaki hadapan.
Walaubagaimanapun, kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:-
a)         Bentuk badan peserta (tinggi/rendah)
b)         Masa tindak balas peserta
c)         Kekuatan kaki
d)         Kordinasi yang cekap

Menggunakan Blok Mulaan
Blok mulaan ini digunakan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang maksimum (lebih berkesan) apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut:-
a)         Jarak blok dari garis permulaan hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia.
b)         Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garis permulaan adalah di antara 30 – 48cm.
c)         Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan.
d)         Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.
e)         Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok.
f)         Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

Keadaan “Ke Garisan”
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan semasa berada dalam keadaan “Ke Garisan”. Antaranya ialah:
a)         Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
b)         Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.
c)         Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.
d)         Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum.

Keadaan “Sedia”
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh peserta semasa berada dalam keadaan “Sedia’. Antaranya ialah:-
a)         Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
b)         Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
c)         Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.

Berlepas Dari Blok Mulaan
Berlepas dari blok mulaan merupakan satu tindakan ledakan. Semasa pelari berlepas dari blok mulaan, kedua-dua belah kaki pelari akan menolak blok dengan kuat dan pantas. Tangan pelari perlu dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, beberapa pergerakan perlu dilakukan oleh pelari. Antaranya ialah:-
a)         Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta-merta.
b)         Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.




Mulaan Di Bahagian Selekoh Di Lorong Larian
Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, blok mulaan hendaklah dipasang secara bersudut. Melalui cara ini, pelari tersebut akan dapat bergerak ke bahagian dalam lorong lariannya dengan lurus.

Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut
Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Biasanya, dalam perlumbaan lari pecut, pelbagai gaya pelari yang boleh dilihat semasa tiba di garisan penamat. Antaranya ialah:-
a)         Ada sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan cara mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) pula digerakkan ke hadapan.
b)         Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya.
c)         Ada juga pelari yang memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir apabila tiba di garisan penamat.

Walau apapun gaya yang dilakukan oleh pelari untuk menamatkan larian pecut, adalah penting untuk bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik. Ini kerana sekiranya sebaliknya berlaku, kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin akan terjejas.

No comments:

Post a Comment